Header Ads

Hotel Khas Untuk Mayat Di Jepun



Di negara bunga sakura ini, kira-kira 23,000 orang meninggal setiap tahunnya. Jumlah ini mengalami peningkatan dari tahun ke tahun dalam satu dekad ini ...Reuters. Tidak banyak krematorium yang mampu menangani jumlah pelanggan yang ramai.

Pekara ini membuat seorang lelaki bernama Hisayoshi Teramura membuat sebuah tempat yang boleh dikatakan sebagai hotel khas untuk mayat. Selama mereka belum mendapatkan perkhidmatan pembakaran mayat, mayat boleh ditempatkan di hotel yang bernama Lastel. Lastel menawarkan perkhidmatan berupa keranda pendingin yang boleh disewa dengan harga 12,000 yen per hari.

Lastel mampu menampung kira-kira 18 mayat. Mayat-mayat ini diletakkan di tempat yang boleh dikunjungi oleh saudara atau keluarga yang ingin menziarahi sebelum mayat dibakar. Permit untuk membina krematorium memang sukar, sehinggalah hotel seperti Lastel menjadi salah satu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.

Sebenarnya Lastel merupakan sebuah tempat yang tidak jauh berbeza dengan krematorium, namun fungsi tempat ini lebih sebagai penjagaan bagi jenazah untuk mendapatkan persemayaman sementara yang lebih baik bagi menunggu masa pembakaran mayat. Tempatnya pun lebih moden, namun kemudahan disesuaikan dengan keperluan perkhidmatan kematian, di hotel ini juga, ada pendeta yang ditempatkan untuk memimpin ritual.




Dikuasakan oleh Blogger.