Header Ads

Pencarian MH370 Misi Paling Mahal dalam Sejarah


SYDNEY - AUSTRALIA. Pencarian MH370 yang berlarutan sejak sebulan yang lalu dicatatkan sebagai pencarian yang menelan kos paling tinggi dalam sejarah.

Menurut laporan yang disediakan oleh portal berita Reuters, misi menjejak pesawat tersebut telah menelan belanja berjuta dolar dan bakal mencatatkan misi carian paling mahal dalam sejarah penerbangan.

Misi pencarian MH370 juga telah melibatkan usaha dan kerjasama dari 26 buah negara berbeza yang memberikan bantuan aset pesawat, kapal selam, kapal carian dan juga satelit.

Menurut anggaran pengalisis Pentagon, kira-kira USD44 juta telah dibelanjakan untuk misi pencarian yang berlangsung di Laut China Selatan.

Misi di Laut China Selatan dan Laut Hindi yang melibatkan kerahan tenaga manusia dan aset teknologi telah disertai oleh Australia, China, Vietnam, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Dikuasakan oleh Blogger.