Header Ads

6 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia Yang Mesti Dikunjungi

info sahih

Percutian adalah salah satu cara untuk menenangkan diri, mengosongkan fikiran dan melepaskan semua tekanan yang ada dalam diri. Percutian juga adalah masa untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan.  Jika masa menjadi penghalang untuk anda melancong ke luar negara apa kata bercuti saja di dalam negara.
Sebenarnya, banyak tempat menarik yang perlu diterokai di negara kita ini. Bukan saja menarik tetap juga unik. Kami senaraikan enam lokasi menarik percutian unik dalam negara.
1. Chalet Eksklusif Limastiga, Umbai, Melaka.
limas tiga1
Berkonsepkan privasi, kawasan chalet ini adalah milik anda ketika ia ditempah. Menurut seorang pengunjung, chalet ini menyerahkan sepenuhnya kawasan percutian ini kepada tetamunya. Bermaksud sebarang aktiviti tidak akan dibantu oleh pihak urusetia. Mereka benar-benar mengamalkan konsep “privacy” kepada pihak pelanggan.
limastiga
Chalet ini hanya dibuka kepada pengunjung beragama Islam sahaja. Ukiran senibina yang unik serta landskap yang mendamaikan sesuai buat mereka yang inginkan ketenangan dan jaminan tempat penginapan bersih dan suci.
Harga pakej untuk 2 hari 1 malam  (tiga chalet, enam bilik) bermula RM2,000.

2. The Dusun Berembun House (thedusun.com.my)
Jika anda gemar bercuti di dalam keindahan alam semulajadi yang menenangkan, senyap, sunyi, nyaman, segar dan hanya ditemani bunyi-bunyi cengkerik serta unggas, ini adalah lokasi percutian yang tepat buat anda.

the dusun
Sesuai bagi percutian  keluarga atau bulan madu. Oh yer, chalet ini mesra haiwan peliharaan termasuk anjing. Cuma bawa kelengkapan dan bekas makanan untuk binatang anda sendiri ketika bercuti di tempat ini. Kadar harga bilik bermula RM500 satu malam.
the dusun1
3. Avani Gold Coast Sepang, Selangor. (www.avanihotels.com)
Chalet atas air dengan susunan yang unik. Sesuai untuk bermalas-malasan dan menenangkan fikiran, jauh dari hiruk piruk kerja seharian. Namun ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan seperi sukan pantai, spa atau melawat ke kawasan kampung berhampiran. Kesemua ini boleh didapati dari pakej yang ditawarkan bermula RM800 semalam.
avani
avani goldcoast

4. Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan (www.grandlexispd.com)
Satu-satunnya penginapan di Malaysia yang menyediakan kolam mandi privasi di setiap bilik.  Menawarkan 175 villa berkonsepkan bali  bertaraf lima bintang. Harga pakej bermula RM1,285 bagi satu malam.
grand lexis


grand lexis1
5. The Eight Acres, Raub, Pahang
Daya penariknya adalah suasana dusun dan alam semulajadi. Katanya siap ada kebun anggur, air terjun dan tasik yang dipenuhi teratai. Sesuai untuk membawa anak-anak merasai alam semulajadi yang mendamaikan.

8 a1
8 a2
5.  Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim Kedah
Sebuah kawasan resort berkonsepkan ‘eco camp’ di Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah.  Memiliki ‘canopi walk’ yang terpanjang di Malaysia. Gayat ke tidak cubalah sendiri!!!
tree top2
tree top 1

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.