Header Ads

Hamley's Mohon Maaf Isu Anak Rosyam Nor Diarah Buka Tudung

Beberapa hari kebelakangan ini, kecoh di laman sosial tentang luahan hati Rosyam Nor di Twitter yang kecewa dengan tindakan sebuah butik permainan kanak kanak popular yang meminta anaknya untuk membuka tudung jika mahu bekerja di sana.
Anak Disuruh Buka Tudung, Rosyam Nor Maafkan Hamleys - ROTIKAYA
Hamleys dalam satu kenyataan umum melalui Facebook mengemukakan penjelasan mereka akan isu ini dan membuat permohonan maaf terhadap Rosyam Nor sekeluarga.
“Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini”
“Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin dan Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini,” jelas mereka.
Screen Shot 2014-12-22 at 9.27.44 AM copy
Laporan mStar Online hari ini juga menyebut yang Rosyam Nor menerima permohonan maaf dari Hamleys dengan hati yang terbuka dan berharap ianya tidak akan berulang lagi.
“Sekiranya ada diskriminasi sebegitu bagaimana wanita Islam yang bertudung ingin mencari kerja? Tidak salah rasanya mengambil pekerja yang menutup aurat. Kelantangan saya mengenai perkara ini bukan ingin memburuk-burukkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di kemudian hari,” ujar Rosyam 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.