Header Ads

Harga Minyak RON 95, RON 97 Dan Diesel Bermula 1 Januari 2015

Kuala Lumpur, 31 Dis - Sebelum ini, Ahmad Maslan ada menulis di akaun Twitternya yang mengatakan harga petrol RON 95 dijangkakan antara RM1.95 - RM1.90 berkuatkuasa 1 Januari ini.

Baca : Harga Baru RON 95 & Diesel Dijangka Antara RM1.95 - RM1.90 - Ahmad Maslan

Hari ini, beliau telah memuat naik satu status harga lengkap bagi RON 95, RON 97 dan Diesel melalui akaun Twitter miliknya beberapa minit yang lalu.



Menurut status itu, berikut adalah harga terbaru minyak di Malaysia bermula tengah malam ini.

Harga RON 95, RON 97 dan Diesel MULAI 1 Januari 2015:

RON 95 : RM1.91 seliter.
RON 97 : RM 2.11 seliter.
Diesel    : RM 1.93 seliter

Harga yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan ini sedikit berbeza dengan harga yang tersebar di media sosial sebelum ini.

Selain itu, Ahmad Maslan juga sekali lagi meminta agar peniaga mula menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak - Siakapkeli.com.my

Berikut Pula Kenyataan Laporan Yang Diterima Daripada Kabinet Malaysia:


PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini, harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.

Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.

Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Pada 21 November lalu, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.

Berikutan itu, pada 1 Disember lalu, harga jualan runcit RON95 diturunkan empat sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.