Header Ads

5 Gambar Kebakaran di Tawau, Lebih 20 Rumah Musnah

Lebih 20 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Saadani, Batu 2, Jalan Apas di sini, petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd. Affendy K. Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 3.13 petang.
“Sebaik dimaklumkan dua buah jentera dan dua kenderaan serbaguna dengan 29 anggota yang diketuai pegawai bomba, Noraini Jumdani dihantar ke lokasi kejadian. "Ketika tiba kira-kira 80 peratus rumah telah musnah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, api dapat dikawal pada pukul 4.30 petang manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian sedang disiasat. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau, Asnah Kassim berkata, pihaknya sedang mendaftar mangsa yang terlibat.
“Mangsa yang tidak mempunyai keluarga untuk menumpang akan ditempatkan di masjid,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.