Header Ads

Ngeri!! Tangan Kanak-Kanak Perempuan Tersepit Pada Eskalator

Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini, gempar apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas tangan kanannya tersepit pada eskalator, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki eskalator di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam.

Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan eskalator itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa. ─ myMetro online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.