Header Ads

Penghina Nabi, 11 Terbunuh, Beginikah Cara Mengajarnya?

Kantor tabloid Prancis penghina nabi diserang, 11 tewas
Charlie Hebdo. reuters
Paris: IBUPEJABAT tablod sindiran Perancis,Charlie Hebdo diserang sekumpulan lelakibersenjata dan bertopeng. Sekitar 11 orangterbunuh dalam kejadian ini. Charlie Hebdosempat menjadi berita utama apabila membuatkarikatur Nabi Muhammad SAW.

Akhbar Haaretz melaporkan, Rabu (7/1),belasan orang yang luka salah satunyaanggota polis. Petugas juga menyiasatkemungkinan kumpulan bersenjata itumengancam nyawa Presiden PerancisFrancois Hollande kerana 20 minit sebelum itu, terjadi kejadian pengiringan pemimpin negarayang lalu di depan pejabat Charlie Hebdo.

Selain pernah membuat kartun nabi, CharlieHebdo juga pernah bergurau menukar tajuktabloidnya dengan Syariah Hebdo danpemimpin redaksinya Muhammad. Ataskelakar ini mereka menerima serangan bomselepasnya.

Saksi mengatakan setengah jam lalu dua orangmemakai penutup kepala hitam memasukibangunan dengan membawa AK-47.  

"Beberapa minit kemudian kami mendengartembakan. Lalu orang-orang melarikan diri daribangunan," ujar saksi tidak disebutkannamanya ini.
Sementara itu, menurut AFP, beberapa kartunis terbaik Pe­rancis merupakan antara yang terbunuh apabila tiga lelaki bersenjata menyerbu pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di ibu kota negara berkenaan semalam, kata sumber kehakiman.

Ketua Editor Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier, 47, yang dikenali sebagai Charb dan tiga kartunis masing-masing bergelar Cabu, Tignous serta Wolinski maut dalam serangan tersebut.
Charlie Hebdo sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila berulang kali menyiarkan karikatur Nabi Muhammad.

Serangan mengejut itu mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang apabila tiga penyerang bersenjatakan raifal Kalashnikov dan pelancar roket melepaskan tembakan di pejabat akhbar mingguan itu.

“Seorang penyerang bersenjata itu merampas sebuah kereta dan merempuh seorang pejalan kaki ketika cuba melarikan diri,” kata sumber itu.
“Mereka turut membunuh dua anggota polis,” tambahnya.
Sumber polis pula memberitahu bahawa penyerang berkenaan menjerit: “Kami membalas dendam untuk Nabi.”

Setakat ini, nasib tiga penyerang tersebut masih tidak dapat dipastikan. Akhbar satira itu mencetuskan kontroversi pada Februari 2006 apabila ia menyiarkan semula kartun Nabi Muhammad yang disiarkan akhbar Denmark, Jyllands-Posten.

Beginilah cara selayaknya. Atau beginikah caranya mengajar penghina Nabi Muhammad SAW yang degil tidak menghormati agama lain itu? 
BEBERAPA anggota bomba membawa seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Paris semalam.
(IH)

Pudarnya Imperium Amerika Serikat Secara Perlahan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.