Header Ads

Respon KJ Isu Gadis Bertudung Dipeluk, Dikucup & Dicabul Artis Kpop

KJ (gambar kecil) dan salah saktu aksi ketika ketika salah seorang ahli kumpulan B1A4 memeluk seorang gadis semalam(gambar belakang)
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.

Komen Orang Bukan Islam Isu Gadis Bertudung Dipeluk, Dikucup & Dicabul Artis Kpop

KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."

Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.
Ramai pengguna laman sosial mengkritik perbuatan tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai memalukan negara dan agama. - Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.