Header Ads

Tak Tahan Lihat Ibu Dimaki, Adik Pukul Abang Hingga Patah Kaki

Akibat tidak tahan melihat ibunya dimaki hamun, seorang adik bertindak memukul abangnya menggunakan sebatang kayu hingga menyebabkan mangsa patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kelmarin.
Tak Tahan Lihat Ibu Dimaki, Adik Pukul Abang Hingga Patah Kaki

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Kampung Panji Alam, mangsa berusia 20 tahun dikatakan berang selepas ibu nya, Zaimah Othman, 60, tidak memberikan wang kepadanya untuk membaiki motosikal.

Tindakan lelaki terbabit memaki hamun dan menolak ibunya yang dalam perjalanan ke masjid itu mengundang geram anak bongsu daripada 11 beradik sebelum bertindak melibas kayu sepanjang 50 sentimeter ke kaki kiri abangnya hingga patah.

Zaimah berkata, mangsa terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kerap meminta wang daripadanya.

Anaknya bukan saja meminta wang dengannya, malah turut memaki hamun dan mengamuk setiap hari semata-mata ingin mendapatkan wang membeli bahan terlarang itu.

Sumber : Metro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.