Header Ads

VIDEO: Menara Kediaman Tertinggi Dunia di Dubai Terbakar


Sebuah menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch dilaporkan telah terbakar awal pagi tadi. Kebakaran bermula dari tingkat 50 kemudian merebak hingga ke tingkat 70.

Sekurang-kurangnya 12 trak pemadam api berusaha memadamkan kebakaran di menara yang berketinggian 336.1 meter itu dan memaksa pengguninya berpindah ke menara bersebelahan.

Walaubagaimanapun, semua pengguni berjaya menyelamatkan diri dan tiada kematian yang dilaporkan.

Penghuni menara ini memberitahu bahawa mereka sedar tentang kemalangan itu ketika menonton televisyen di kediamannya.
“Kami pergi ke balkoni, maka ia adalah satu bahagian bangunan (yang) telah terbakar,” kata Jaime Mueller.

“Kami turun ke bawah dan lihat ramai sedang menyaksikan kebakaran,” katanya. “Kemudian kami melihat bangunan di sebelah mula terbakar.”


Berikut merupakan video amatur yang sempat dirakamkan oleh orang awam yang tinggal bersebelahan dengan menara tersebut.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.