Header Ads

Konflik Terbaru Aleppo, Ini 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu


Peperangan yang bermula pada 2011 di sebuah bandar Syria bernama Deraa ini telah menyebabkan lebih 250 ribu orang kehilangan nyawa akibat pertempuran antara askar yang menyokong presiden Syria, Bashar al-Assad dan askar pemberontak yang tidak mahu Bashar berkuasa kembali.


Recap Perang Saudara Syria

Imbas kembali, protes aman oleh rakyat terhadap penahanan dan penderaan ke atas 15 kanak-kanak sekolah yang menulis ayat anti-kerajaan di dinding bertukar jadi tragedi apabila 4 orang pemprotes ditembak mati oleh askar pada 18 Mac 2011.
Pada hari seterusnya, askar regim Bashar telah menembak orang yang berkabung di pengebumian mangsa menyebabkan orang ramai terkejut dan marah hingga menuntut Bashar melepaskan jawatan presiden.
Permintaan itu tidak diendahkan oleh Bashar telah menyebabkan rakyat menjadi semakin marah. Sehingga ke hari ini terdapat lebih 1,000 kumpulan penentang Bashar dengan kira-kira 100,000 pejuang.
Mereka terdiri daripada beberapa buah kumpulan pemberontak, parti politik yang tidak bersetuju dengan Bashar, dan orang yang tidak boleh kembali ke Syria. Ini menunjukkan tiada satu kumpulan tunggal yang menentang Bashar dan askar kerajaan.

Serangan Ke Atas Aleppo, Syria


Aleppo ialah bandar terbesar di Syria yang pernah mempunyai 2.3 juta penduduk dan pernah berfungsi sebagai pusat industri dan kewangan. Selain sebagai pusat ekonomi Syria, Aleppo juga diwartakan sebagai tapak Unesco World Heritage.
Aleppo jadi medan perang saudara pada Julai 2012. Semenjak itu Aleppo dikuasai oleh kerajaan di bahagian barat bandar dan anti-kerajaan di bahagian timur bandar.
Baru-baru ini perang saudara di Syria kelihatan semakin teruk apabila Aleppo diserang dengan dahsyat oleh askar kerajaan sebagai satu usaha untuk menakluk semula keseluruhan bandar.
Ini 10 perkara yang anda patut tahu setelah Aleppo diserang kelmarin.
1. Kini 4 buah bandar besar Syria telah dikuasai pihak kerajaan selepas berjaya menumpaskan pemberontak dan mengawal kembali keseluruhan bandar Aleppo.
2. Walaubagaimana pun, pertempuran itu telah beri kesan yang amat buruk kepada kehidupan ramai rakyat Syria di timur Aleppo. Ada yang menghantar “last message” menerusi media sosial.
3. Makanan dan minyak tidak mencukupi, bangunan termasuk hospital dan sekolah dibom dan ramai lari dari kediaman bagi menyelamatkan diri.


4. Ramai cedera dan kehilangan nyawa apabila orang awam tidak terkecuali menjadi mangsa serangan di bahagian timur Aleppo yang dianggarkan dihuni antara 50,000 hingga 100,000 orang.

5. United Nations seru lebih banyak bantuan dan perlindungan diberikan kepada orang awam Aleppo.

Complete meltdown of humanity – UN.
6. Gencatan senjata diisytiharkan di Aleppo pada hari Selasa lalu dan bas dibawa masuk untuk bawa keluar orang awam dari wilayah yang musnah.

7. Gencatan senjata tidak dihiraukan apabila Aleppo bahagian pemberontak diserang lagi dari udara pada hari Rabu menyebabkan kawasan pemberontak mengecil jadi 2.5 km persegi.

8. Punca langgar gencatan senjata kerana ada dakwaan ada tindakan balas dari pemberontak hingga buat askar kerajaan mahu tanganinya semula dengan bedilan dari udara.

9. Lebih menyayat hati, orang awam yang memegang barang persendirian sedang berkumpul di jalanan untuk menunggu dibawa keluar dari kawasan gencatan senjata sewaktu serangan dilakukan.

10. Tatkala bahagian timur Aleppo diserang hingga pemberontak kalah semalam, penyokong kerajaan meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gembira.

Kemenangan pro-kerajaan bukan bermakna perang sudah tamat tapi ia pasti mengubah sedikit sebanyak situasi di Syria sama ada makin baik atau sebaliknya. Kekekalahan pemberontak di Aleppo pula tidak bermakna mereka kalah keseluruhan kerana mereka masih menguasai beberapa kawasan di Syria.

Buat pengetahuan anda menang atau kalah memana pihak dalam perang saudara Syria ini tetap menyebabkan orang awam menanggung akibatnya.
Dijangkakan lebih ramai menjadi pelarian dalam keadaan cedera dan lapar. Jumlah orang meninggal dunia juga dijangkakan meningkat sebelum konflik Syria ini betul-betul berakhir.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.