Header Ads

Nahas Bas Ekspres - Terpelanting Ketika Tidur, Semua Tersepit Dalam Bas

Seorang penumpang di bahagian belakang bas, dalam nahas yang mengorbankan 14 orang dekat sini, terpelanting ke depan ketika sedang tidur.
Mohamad Juhaify Zakaria, 21, memberitahu abangnya hampir semua penumpang tersepit di kawasan sama beliau terjatuh, lapor portal Harian Metro.
Kemalangan bas ekspres itu di KM137.3 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Kampung Jayo, arah utara, mengorban 13 orang di lokasi kejadian, sementara seorang lagi di hospital.

Abang mangsa Mohd Juzaimy, 37, terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Mohamad Juhaify yang memberitahunyan bas itu terlibat dalam kemalangan.

“Adik menghubungi saya, pada kira-kira 4 pagi. Dia memberitahu bas dinaikinya dari Johor Baru terbabas di Pagoh,” katanya yang bergegas ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
“Alhamdulillah, adik hanya cedera. Namun, kami bersimpati dengan keluarga mangsa lain.”
Enam belas penumpang dalam nahas itu, yang dilaporkan kira-kira pukul 3.45 pagi, masih dirawat di situ.
Laporan awal menyebut penumpang yang cedera: tujuh rakyat tempatan, enam warga Singapura, dua Myanmar dan seorang masih belum dikenal pasti.
Menurut polis, enam lelaki dan lapan perempuan termasuk seorang kanak-kanak perempuan terkorban

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.