Header Ads

Penjual Daging Maut Ditetak Di Segamat

JOHOR BAHRU – Seorang penjual daging maut dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang lelaki ketika sedang memotong daging di kedainya di kawasan perniagaan Felda Chemplak, Labis, dekat Segamat, hari ini.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Raub Selamat berkata mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Radzi Jamaludin, 40, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Labis semasa menerima rawatan.
Beliau berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek yang berusia 45 tahun di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Felda sama.
Kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi itu berlaku suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kris ke kedai mangsa, tiba-tiba menuju ke arah belakang mangsa sambil membawa parang panjang berukuran kira-kira 95 cm dan bertindak menetak leher kiri mangsa.
“Mangsa cuba menahan tetakan terbabit dengan menggunakan tangan kirinya sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya.
Adik ipar, penduduk kampung serta pekerja mangsa kemudiannya membawanya ke Klinik Kesihatan sebelum disahkan meninggalkan dunia. Raub berkata mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat.
Selain parang panjang berhulu kelabu yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa, sebuah kereta dan motosikal milik suspek turut dirampas, kata beliau.
Bagaimanapun motif kejadian masih disiasat. – BERNAMA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.