Header Ads

Mereka Ditembak, Dipukul, Ditimbun, Sebelum Dibakar


NURUL Islam (kiri) antara kanak-kanak yang trauma melihat ahli keluarga sendiri terbunuh. Gambar tengah menunjukkan kepulan asap dipercayai akibat kampungberhampiran Maungdaw yang dibakar manakala gambar kanak menunjukkan pelarian Rohingya dihalang Penguatkuasa Sempadan Bangladesh (BGB) selepas melepasi sempadan tanpa kebenaran di Teknaf. FOTO ihsan IReach MAPIM/AFP/Reuters

“KAMI bersembunyi di sebalik pokok dan melihat ahli keluarga dibunuh. Mereka ditembak dengan senapang, dipukul dan ditimbun sebelum dibakar di dalam lubang besar.

“Ayah, ibu dan kakak saya antara yang dibakar," kata seorang kanak-kanak, Nurul Islam, 7.

Ditemui mundar-mandir bersama beberapa rakan di kampung di Arakan, Rabu lalu, dia antara ratusan kanak-kanak yang kini trauma melihat ahli keluarga sendiri terbunuh dalam operasi ketenteraan minggu lalu.

Katanya, Kampung Tulatuli yang didiaminya bersama keluarga juga musnah dan dia masih dapat melihat kesan runtuhan daripada bukit yang menjadi kawasan persembunyian bersama puluhan keluarga yang lain sejak lebih seminggu lalu.

"Saya hanya berkongsi makanan dengan penduduk kampung. Ada orang dewasa tidak makan kerana mahu memastikan kami (kanak- kanak) makan dulu. Saya tak berani ke kawasan terbakar kerana takut ada tentera," katanya ketika ditemui Pengarah IReach MAPIM Johan Ariff Ismail di Arakan, semalam.

Sementara itu Johan Ariff berkata, berdasarkan maklum balas dari gabungan pertubuhan kemanusiaan di Arakan, ramai kanak-kanak yang trauma melihat pembunuhan yang berlaku di depan mata mereka lebih seminggu lalu dan ada yang terlalu takut sehingga tidak mampu bercerita.

"Ada penduduk yang mengharapkan bantuan antarabangsa untuk meneruskan hidup dan hasil perbualan saya mendapati, mereka tiada lain selain menunggu bantuan kemanusiaan tiba," katanya yang mengajak orang ramai menyumbang menerusi akaun IReach 553038585368 (Maybank)," katanya.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.