Header Ads

VIDEO: Restoran Sushi Terkenal Kantoi Letak Ikan Salmon Atas Tongg Sampah

Baru-baru ini, sebuah restoran sushi Jepun yang terkemuka dalam negara kita didapati meletak ikan salmon atas tong sampah. 



Video: Pengotor! Restoran sushi terkenal kantoi letak ikan salmon atas tong sampah, siap dapat A untuk kebersihan lagi!


Image may contain: one or more people and indoor
Image may contain: one or more people and people standing
No automatic alt text available.
Image may contain: text


Tindakan menjijikkan itu menerima kecaman hebat netizen dan rata-rata mencurigai status tahap kebersihan gred ‘A’ yang dimiliki restoran tersebut.
sumber :  Facebook Christy Yeow

Ini berikutan Khamis lalu, seorang netizen yang dikenali sebagai Christy memuat naik gambar dan video menerusi facebooknya untuk mendedahkan perkara tersebut.

Rakaman video dan gambar jelas kelihatan cara pekerja restoran itu ketika menyediakan bahan makanan amat tidak memenuhi tahap kebersihan yang sewajarnya. 

Paparan video itu menyaksikan pekerjanya bertindak meletak pingan alumininium yang mempunyai beberapa kepingan ikan salmon di atas sebuah tong sampah dan lantai di dapur pun kelihatan berselerak dengan sampah. 
sumber : Facebook Christy Yeow

Selain itu, didapati juga salah seorang pekerja sambil membuang sampah ke dalam tong sampah sambil ambil sekeping ikan salmon itu dari tong sampah itu bagi menyedikan juadah untuk pelanggan. 

Lebih teruk lagi apabila kelihatan juga pekerja yang bertindak terus menyapu lantai tanpa menyimpan ikan salmon itu di tempat yang sepatutnya, jelas membuktikan cara pengurusan bahan makanan amat membimbangkan.

Justeru itu Christy mengajukan persoalan bahawa bagaimana restoran sushi tersebut boleh diberikan tahap kebersihan gred A?

Status tersebut memperoleh hampir 2000 orang berkongsi di laman facebook dalam tempoh sehari dan menimbulkan perbincangan hangat di media sosial. 

Kelmarin, menurut Chrisy pihak pengurusan restoran sushi terbabit telah menghubunginya dan memaklumkan siasatan dalaman berkenaan isu itu akan dijalankan dalam masa terdekat ini.



Sumber: Christy Yeow

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.