Header Ads

Lelaki Tergamak Sumbat Rumput Dalam Mulut Mak Sendiri

Seorang lelaki dilihat cuba memaksa ibunya makan rumput gara-gara wanita tua itu bertengkar dengan isterinya.
Dia kini terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang penduduk kampung memberitahu wartawan di China bahawa wanita itu, yang berusia 80-an dipercayai menghidap Alzheimer.
Difahamkan, video itu dirakam di kampung Dinjia, wilayah Hunan dan lelaki itu hanya dikenali dengan nama keluarga, Liang. 
Menurut seorang penduduk kampung berkenaan, Zhao Longcan, insiden itu berlaku pada 13 Julai selepas timbul perselisihan faham berhubung rumah ibunya.
Longcan berkata akibat pertengkaran itu, lelaki terbabit telah menyumbat rumput ke dalam mulutnya ibunya supaya dia diam, menurut KanKan News.
Penduduk kampung memerintahkan dia menulis permintaan maaf kepada awam.
Dia menulis: “Saya paksa ibu saya makan rumput kerana dia bertengkar dengan isteri saya. Sebagai seorang anak, saya bersalah. Tolong jangan contohi saya. Saya minta maaf, ibu.”
Siasatan polis telah dilancarkan.

Sumber : Metro UK

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.